Bismillahhirrahmanirrahim,
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alumni PSIS ditubuhkan bertujuan untuk mengaktifkan 'keluarga-graduan' ke arah mengeratkan hubungan dan keterlibatan yang lebih dalam melibatkan bekas-bekas pelajar memberi sumbangan kepada penambahbaik dan memantapkan organisasi pengurusan PSIS. Di antara tugas Alumni adalah bagi menyelaras aktiviti alumni dan menjalin hubungan mesra antara PSIS dan alumni melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang.
Unit alumni PSIS akan cuba meluaskan info menerusi laman web, sebanyak mungkin data tentang alumni dikumpul sebagai pusat rujukan kepada graduan.
Harapan dan kepercayaan yang tinggi agar kumpulan graduan pada hari ini akan mencipta kecemerlangan dan memastikan wujudnya rantaian kesinambungn yang seterusnya meletakkan nama PSIS di puncak kegemilangan. Saya yakin para graduan telah menjadikan segala rintangan, kekurangan dan masalah yang ditempuh dahulu sebagai satu cabaran, inspirasi dan rangsangan untuk terus maju dalam bidang akademik dan pembinaan jati diri serta pemupukan sahsiah yang terpuji.
Berkat kesungguhan, kesabaran dengan semangat juang yang tinggi, maka mereka layak untuk dianugerahkan Sijil dan Diploma mengikut jurusan masing-masing. Sewajarnya kita meraikan kejayaan mereka dengan penuh rasa syukur dan takzim berkat kerja keras para pendidik, dedikasi para kakitangan dan sokongan padu ibu bapa.
Dan terakhir sekali kepada para graduan, tahniah atas kejayaan anda semua.
Sekian . Wassalam
Pegawai Alumni PSIS

|
|
Webmaster
(1 November 2009, PSIS)
Laman web ini masih dalam edisi percubaan. Sebarang komen emelkan kepada
zuraifa@psis.edu.my |